Monday, 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum,

Bismillahhirahmanirahim selamat membaca, semalaman berfikir untuk menaip blog nie..sebab tak ada idea pun nak post apa. Kita pergi pada tajuk, "Selamat Tinggal 2012" adoi susah nak ucapkan selamat tinggal pada 2012..sebab tahun 2012 lah aku baru kenal siapa aku yang sebenarnya sebelum ini. Aku tak pasti macam mana aku nak mulakan cerita ini. Pertama sekali, ramai yang mengenali aku adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Memang betul dan kepada yang baru mengenali aku pada tahun 2012 ini tidak sangka dengan sifat aku yang dahulu aku lagi seorang yang pendiam malah lagi pemalu. Kehidupan harian aku dahulu cuma berisyaratkan dengan anggukkan dan gelengan sahaja dan aku tidak akan bersuara langsung. Aku tidak pasti kenapa aku begini. Mungkin sejak azali lagi, kehidupan aku dirumah aku seorang yang aktif dan apabila mula berpakaian sekolah diri aku seperti lemah, mulut aku seperti digam, di zip malah di mangga. Aku tidak akan bersuara langsung, tidak pernah berkomunikasi dengan orang sekeliling aku apabila berada di sekolah ataupun diluar rumah. Aku biarkan saja apa yang berlaku dan aku suka bersendirian. Aku tidak kisahkan kawan dan keadaan sekeliling. Aku biarkan aku dalam hidup aku keseorangan. Malah disekolah aku sering dimarah oleh cikgu apabila di suruh berdiri dan membaca dihadapan rakan-rakan sekelas aku. Aku tetap berdegil walaupun dimarahi oleh cikgu yang boleh menyebabkan aku malu tetapi bagi aku, aku lagi malu untuk bersuara daripada dimarahi oleh cikgu aku sendiri. Cikgu juga pernah kata "Kenapa tak nak baca, bukak mulut tu baca, ada emas ke dalam mulut awak" ...walaupun begitu aku tetap berdegil untuk bersuara. Apabila bersama kawan aku bercakap seperti dalam kelambu ibarat berbisik. Aku tak pernah menjerit kecuali di rumah la.
             Aku pernah bertekad untuk berubah dan kini aku nampak perubahan pada diri aku. Aku mula berfikir untuk bertekad apabila aku mula menyertai banyak aktiviti kem bersama rakan-rakan lain selain rakan-rakan sekolah aku. Sejak itu aku mula nampak aku boleh lakukan tetapi aku malu untuk mulakan di sekolah kerana bagi aku mereka semua mengenali aku dan aku takut nak tunjuk perubahan dalam diri aku. Dengan perlahan aku mula tetapi aku masih tidak bersuara apabila di sekolah dan aku cuma bergerak aktif dalam aktiviti yang ada disekolah. Mulanya aku mengikut kawan untuk bergerak aktif tetapi semua kawan aku hanya bergerak aktif separuh jalan dan aku tidak hiraukan mereka untuk aku ubah sikap aku, aku tetap bergerak walaupun berseorangan. Bagi aku ramai lagi yang mengikuti aktiviti ini. Malah aku berbangga walaupun aku keseorangan aku masuk kawat kaki dalam Persatuan Kadet Polis, mewakili pasukan bola jaring peringkat sekolah , dan aku menyertai kelab koperasi untuk belajar berdepan dengan orang ramai supaya aku hilangkan sedikit demi sedikit perasaan yang terlampau malu yang ada dalam diri aku ini. Yang dahulunya ketika berada di tapak perhimpunan sekolah aku tidak menoleh sekeliling aku dan aku cuma menghadap ke hadapan saja kerana malu yang teramat. Serta apabila ingin memanggil kawan sekelas aku yang berada jauh dari aku, aku sanggup bangun dan sentuh bahunya untuk memanggil.
             Aku mencari tempat yang sesuai untuk berubah iaitu apabila aku dapat rezeki untuk sambung belajar dan Alhamdulillah aku bersyukur aku dapat menyambungkan pelajaran aku di Kolej Komuniti Selayang dan disinilah aku tidak percaya aku sekarang macam ini. Bersyukur Alhamdulillah aku berjaya melakukan semua ini dan dalam tahun 2012 dan inilah kehidupan yang sebenarnya yang aku cari selama ini. Dan kerana itulah aku tidak sanggup mengucapkan selamat tinggal 2012. Dengan sikap aku yang tidak suka berkongsi dengan orang termasuk kawan malah keluarga juga. Aku taipkan disini dan aku berasa cukup relax apabila diluahkan disini kerana disebabkan aku tidak suka bercerita. Ok aku akan cuba ubah lagi sikap buruk yang ada dalam diri aku supaya menjadi lebih baik. Dan aku bersyukur kepada Allah yang aku masih lagi celik di muka bumi ini. Malah sekarang aku sudah berani berdepan dengan orang ramai serta bercakap dengan semua orang dan apabila hendak memanggil rakan sekelas aku, aku tidak perlu pergi menghampiri mereka lagi serta menyentuh bahu ... kadang-kadang aku ketawa dalam hati aku, dan aku tidak percaya aku yang sedemikian ... nampak kelakar pun ada hahahaha. Bak kata perpatah harimau mati tinggalkan belangnya, manusia mati tinggalkan nama. Aku bukan nak tinggalkan nama, aku cuma nak tinggalkan kenangan manis aku pada tahun 2012 ini. Semoga aku boleh pelajari lagi tentang kehidupan yang sebenar di bumi Allah ini.. Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Amin...

SR Green Apple

No comments:

Post a Comment