Aku tidak mengerti apa itu cinta.Cinta itu macam mana nak rasa ye? Orang kata kalau hati kita berdegup kencang maknanya kita jatuh cinta.Betul ke? Macam tak logik jer.Tapi kenapa sejak kebelakangan ini hati mula berdegup kencang seperti mahu keluar.Aku pun hairan.Yang aku lagi hairan hati manusia berpasangan.Mmm mungkin betul sebab memang di dunia ini adil, semua berpasangan seperti lelaki dengan wanita, kanan dan kiri dan mcam-macam lagilah.Semua berpasangan.Malah hati kita juga berpasangan kerana sebelah hati kita dan sebelah lagi milik orang lain.Tapi siapa pemilik sebelah hati ini? Dan aku juga perlu mencari sebelah lagi hatiku kepada siapa.Mungkin kalau aku jumpa sebelah hatiku lagi itulah yang dinamakan cinta,kan? Alangkah indahnya.Tapi memandangkan hatiku mula berdegup ini mungkin telah mendekatisebelah hati lagi.Jadi perlulah berusaha sehingga jumpa takan nak mengharapkan cinta datang bergolek di depan mata.Kerana usahalah yang menjamin segala-galanya.
Dengan cinta kita boleh mendapatkan kasih sayang.Kasih sayang itu apa pulak? Kasih sayang akan datang kalau ada cinta.Kasih sayang adalah yang paling istimewa.Jika mahu tahu bagaimana, perlulah ada cinta dalam hidup.Tapi malangnya aku takkan ada semua itu.Aku takkan ada hati,takkan ada cinta, mana mungkin aku ada kasih sayang.Jadi korang kenalah hargai apa yang korang ada.Korang jangan rendah diri, korang jangan kecewa dan jangan anggap korang tak sempurna dalam hidup korang.Bagaimanapun cara hidup korang, korang kena hargai kerana korang ada hati.Hati korang lah yang akan bersama korang sampai bila-bila kalau korang pandai menjaganya.Korang tahu tak hati itu sensitif, dia boleh menangis, kecewa dan macam-macam perasaan datang dari hati.Hati mudah terluka tetapi sukar dirawat kerana hati hanya perlu dirawat oleh kasih sayang.Kalau tak ada cinta dalam hati bagaimana hendak merawat hati dengan kasih sayang.
Aku juga tidak pasti hatiku milik siapa kerana aku hanya seorang boneka yang tidak mempunyai hati.Tapi aku mahu dihargai seperti seseorang yang mempunyai hati.Walaupun aku hanya seorang boneka, anggaplah "Hatiku Milikmu".
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca.Wasalam
SR Green Apple
Wednesday, 27 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Apakah Dosaku?
Kenapa? Kenapa aku diperlakukan sebegini rupa? Aku juga mahu hidup seperti manusia lain.Mahu jadi manusia yang berguna, yang berakhlak, yang berilmu malah yang berjaya.Kenapa insan yang bernama ibu sanggup menghumban aku di lubuk hina.Hinakah aku? Aku baru sahaja bernyawa di muka bumi ini serta mahu melihat keindahan dunia serta kecantikkan wajahmu ibu.Tapi kenapa? Kenapa ibu padamkan semuanya.Padamkan semua yang aku patut tempuhi dalam hidupku.
"Ibu,anakmu disini selalu mendoakan ibu sihat dan sentiasa disisi-Nya di dunia serta diakhirat.Anakmu tetap membayangkan kecantikkan wajah ibu dihati adik walaupun ibu telah lupa akan wajah anakmu ini.Anakmu sentiasa berdoa kepada-Nya agar suatu hari nanti ibu akan menemani anakmu ini disini.Amin"
Sekian terima kasih,cerita ini hanya rekaan semata-mata untuk menjadikan pengajaran dan peringatan sesama kita sebagai manusia.
SR Green Apple
"Ibu,anakmu disini selalu mendoakan ibu sihat dan sentiasa disisi-Nya di dunia serta diakhirat.Anakmu tetap membayangkan kecantikkan wajah ibu dihati adik walaupun ibu telah lupa akan wajah anakmu ini.Anakmu sentiasa berdoa kepada-Nya agar suatu hari nanti ibu akan menemani anakmu ini disini.Amin"
Sekian terima kasih,cerita ini hanya rekaan semata-mata untuk menjadikan pengajaran dan peringatan sesama kita sebagai manusia.
SR Green Apple
Subscribe to:
Posts (Atom)