Assalamualaikum,
Bismillahhirahmanirahim selamat membaca, semalaman berfikir untuk menaip blog nie..sebab tak ada idea pun nak post apa. Kita pergi pada tajuk, "Selamat Tinggal 2012" adoi susah nak ucapkan selamat tinggal pada 2012..sebab tahun 2012 lah aku baru kenal siapa aku yang sebenarnya sebelum ini. Aku tak pasti macam mana aku nak mulakan cerita ini. Pertama sekali, ramai yang mengenali aku adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Memang betul dan kepada yang baru mengenali aku pada tahun 2012 ini tidak sangka dengan sifat aku yang dahulu aku lagi seorang yang pendiam malah lagi pemalu. Kehidupan harian aku dahulu cuma berisyaratkan dengan anggukkan dan gelengan sahaja dan aku tidak akan bersuara langsung. Aku tidak pasti kenapa aku begini. Mungkin sejak azali lagi, kehidupan aku dirumah aku seorang yang aktif dan apabila mula berpakaian sekolah diri aku seperti lemah, mulut aku seperti digam, di zip malah di mangga. Aku tidak akan bersuara langsung, tidak pernah berkomunikasi dengan orang sekeliling aku apabila berada di sekolah ataupun diluar rumah. Aku biarkan saja apa yang berlaku dan aku suka bersendirian. Aku tidak kisahkan kawan dan keadaan sekeliling. Aku biarkan aku dalam hidup aku keseorangan. Malah disekolah aku sering dimarah oleh cikgu apabila di suruh berdiri dan membaca dihadapan rakan-rakan sekelas aku. Aku tetap berdegil walaupun dimarahi oleh cikgu yang boleh menyebabkan aku malu tetapi bagi aku, aku lagi malu untuk bersuara daripada dimarahi oleh cikgu aku sendiri. Cikgu juga pernah kata "Kenapa tak nak baca, bukak mulut tu baca, ada emas ke dalam mulut awak" ...walaupun begitu aku tetap berdegil untuk bersuara. Apabila bersama kawan aku bercakap seperti dalam kelambu ibarat berbisik. Aku tak pernah menjerit kecuali di rumah la.
Aku pernah bertekad untuk berubah dan kini aku nampak perubahan pada diri aku. Aku mula berfikir untuk bertekad apabila aku mula menyertai banyak aktiviti kem bersama rakan-rakan lain selain rakan-rakan sekolah aku. Sejak itu aku mula nampak aku boleh lakukan tetapi aku malu untuk mulakan di sekolah kerana bagi aku mereka semua mengenali aku dan aku takut nak tunjuk perubahan dalam diri aku. Dengan perlahan aku mula tetapi aku masih tidak bersuara apabila di sekolah dan aku cuma bergerak aktif dalam aktiviti yang ada disekolah. Mulanya aku mengikut kawan untuk bergerak aktif tetapi semua kawan aku hanya bergerak aktif separuh jalan dan aku tidak hiraukan mereka untuk aku ubah sikap aku, aku tetap bergerak walaupun berseorangan. Bagi aku ramai lagi yang mengikuti aktiviti ini. Malah aku berbangga walaupun aku keseorangan aku masuk kawat kaki dalam Persatuan Kadet Polis, mewakili pasukan bola jaring peringkat sekolah , dan aku menyertai kelab koperasi untuk belajar berdepan dengan orang ramai supaya aku hilangkan sedikit demi sedikit perasaan yang terlampau malu yang ada dalam diri aku ini. Yang dahulunya ketika berada di tapak perhimpunan sekolah aku tidak menoleh sekeliling aku dan aku cuma menghadap ke hadapan saja kerana malu yang teramat. Serta apabila ingin memanggil kawan sekelas aku yang berada jauh dari aku, aku sanggup bangun dan sentuh bahunya untuk memanggil.
Aku mencari tempat yang sesuai untuk berubah iaitu apabila aku dapat rezeki untuk sambung belajar dan Alhamdulillah aku bersyukur aku dapat menyambungkan pelajaran aku di Kolej Komuniti Selayang dan disinilah aku tidak percaya aku sekarang macam ini. Bersyukur Alhamdulillah aku berjaya melakukan semua ini dan dalam tahun 2012 dan inilah kehidupan yang sebenarnya yang aku cari selama ini. Dan kerana itulah aku tidak sanggup mengucapkan selamat tinggal 2012. Dengan sikap aku yang tidak suka berkongsi dengan orang termasuk kawan malah keluarga juga. Aku taipkan disini dan aku berasa cukup relax apabila diluahkan disini kerana disebabkan aku tidak suka bercerita. Ok aku akan cuba ubah lagi sikap buruk yang ada dalam diri aku supaya menjadi lebih baik. Dan aku bersyukur kepada Allah yang aku masih lagi celik di muka bumi ini. Malah sekarang aku sudah berani berdepan dengan orang ramai serta bercakap dengan semua orang dan apabila hendak memanggil rakan sekelas aku, aku tidak perlu pergi menghampiri mereka lagi serta menyentuh bahu ... kadang-kadang aku ketawa dalam hati aku, dan aku tidak percaya aku yang sedemikian ... nampak kelakar pun ada hahahaha. Bak kata perpatah harimau mati tinggalkan belangnya, manusia mati tinggalkan nama. Aku bukan nak tinggalkan nama, aku cuma nak tinggalkan kenangan manis aku pada tahun 2012 ini. Semoga aku boleh pelajari lagi tentang kehidupan yang sebenar di bumi Allah ini.. Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Amin...
SR Green Apple
Segalanya Disini SR Green Apple
Monday, 31 December 2012
Friday, 26 October 2012
Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?
Assalamualaikum....selamat membaca hahahahaha
SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah menyuruh anaknya berjalan betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna. Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peraturan-peraturan, dari peraturan lalulintas jalan raya , peraturan datang ke pejabat dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut. Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur bulunya disamping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya. Soalnya di sini, siapakah yang sebenarnya mengajar dan menyuruh anaknya berjalan betul Ketam atau Manusia ?

Friday, 13 July 2012
Dirobek Kekasih Kawan
Assalamualaikum, selamat membaca
Pada zahirnya mereka kelihatan baik, namun hakikatnya belum tahu...
Namaku Zana. Aku anak kelima daripada enam orang adik-beradik, kesemuanya perempuan. Akulah yang paling sosial berbanding adik-beradikku yang lain. Aku mula berkawan dengan ramai lelaki semasa usiaku 13 tahun. Pada waktu itu aku baru menamatkan alam persekolahan. Aku selalu keluar bersama-sama dengan mereka.Suatu hari peristiwa hitam telah terjadi dalam kehidupanku. Peristiwa itu sungguh menyayat hati dan aku tidak mungkin melupakannya.
Peristiwa itu bermula setelah aku mengenali seorang kawan bernama Ida. Dia seusia denganku. Dialah yang menolongku mendapatkan kerja di sebuah pasaraya tempat dia bekerja. Aku fikir dengan bekerja di sini dapatlah aku enjoy dengan duit hasil titik peluhku sendiri.
Ida sangat memahami kehendakku. Apa juga yang aku mahukan , dia akan tolong mendapatkannya. Aku rasa sungguh selesa berkawan dengannya walaupun aku baru mengenalinya. Aku tidak nampak apa-apa keburukan yang ada pada dirinya. Bagaimanapun aku tidak berapa mengenali latar belakangnya dengan lebih mendalam.
Disebabkan terlalu mempercayai Ida, aku tidak menyedari bahawa kebaikannya itu hanyalah tipu dayanya semata-mata. Pasa suatu hari aku dipelawa ke rumahnya. Disebabkan waktu untuk aku balik sudah terlewat, maka Ida mengajakku tidur di rumahnya. Rupa-rupanya ketika aku sedang tidur di katilnya, Ida telah membawa teman lelakinya masuk ke bilik. Puas aku menjerit, namun bayang Ida takku nampak! Aku menjadi mangsa perkosaan teman lelakinya sendiri sehingga aku mengandungkan anak luar nikah. Keluargaku tidak dapat menerimaku apabila mengetahui perbuatanku itu. Fikiranku buntu. Apa yang sepatutnya aku lakukan.
Semua ahli keluargaku jadi tak keruan memikirkan keadaanku pada masa itu. Kakakku telah dimaklumkan tentang sebuah rumah perlindungan. Aku telah dicadangkan untuk dihantar ke pusat perlindungan remaja yang bermasalah sepertiku. Di sana ramai gadis yang senasib denganku.
Alhamdulillah hi rabbil 'alamin...aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana telah menemukan aku dengan Raudhatus Sakinah. Di sinilah aku mula memulihkan semangatku kembali. Aku cuba membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masalah yang kuhadapi kini. Di tempat ini juga aku mula mempelajari ilmu agama dan belajar membaca Al-Quran, di samping mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Aku amat bersyukur kepada Allah sekali lagi kerana keluargaku mula boleh menerimaku kembali. Kurasa hidup ini semakin lebih bermakna dan masa depanku kian cerah bersama keluarga tersayang.
Kisahku ini boleh dijadikan pedoman dan pengajaran kepada mereka yang ramai kenalan agar jangan mudah mempercayai kawan atau rakan yang baru kita kenal. Pada zahirnya mereka kelihatan baik, namun hakikatnya belum tahu kerana kita tidak mengenali asal-usul dan latar belakang mereka yang sebenar. Hidup ini perlu berwaspada dan berhati-hati untuk lebih selamat...
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca
Petikan dari 'Ku temui jalan pulang'
Antologi kisah benar remaja puteri Raudhatus Sakinah

Wednesday, 11 July 2012
Darah Muda, Nafsu Buana
Assalamualaikum, selamat membaca
Hidup ini kalau boleh nak enjoy. Memang bestkan? Cuba tanya pada sesiapa sahaja, mesti dia nak punya. Bukan tak boleh, tapi ada had dan batasannya.
Biar aku perkenalkan diriku sebagai Lia. Aku berasal dari utara Semenanjung. Semoga segala perkara yang aku paparkan ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada teman-teman di luar sana.
Aku mula kenal dan berjinak-jinak dengan dunia sosial sewaktu usiaku 14 tahun. Aku suka mencuba apa yang dilarang oleh ibu bapa dan guru-guruku. Di sekolah, aku adalah salah seorang murid yang nakal dan dianggap jahat.
Pada suatu hari, aku berkenalan dengan seorang mat motor bernama Pali. Aku terpikat dengan kekacakannya sehinggakan aku tidak sedar ramai orang memerhatiku berkawan dengannya.
Aku tak kisah apa pun anggapan orang terhadapku. Di sekelilingku, ramai yang tidak setuju aku berdamping dan berkawan dengan Pali. Aku pun mencari di mana kesilapan dan kekurangannya. Aku sering bertanya kenapa orang begitu marah bila aku berkawan dengannya. Mereka menasihati dan menegurku supaya menjauhkan diri daripadanya. Kawanku Padin, Megat dan ramai lagi tidak bersetuju aku berkawan dengannya. "Pandai-pandailah aku jaga diri," fikirku.
Pali mengajak aku keluar berjumpa. Aku seringkali menolak dengan berbagai-bagai alasan. Pada tahun 2004, aku telah berpindah ke sekolah lain menyebabkan hubungan kami terputus. Semenjak hari itu aku tidak menerima sebarang perkhabaran daripadanya.
Di sekolahku yang baru, aku berkenalan dengan seorang kawan bernama Liza. Liza telah memperkenalkanku dengan mat motor dari kampungnya yang bernama Malik. Orangnya boleh tahan. Aku rasa bahagia dan gembira dapat berkenalan dengan Malik.
Dalam aku menjalinkan persahabatan dengan Malik, Pali pula muncul dan mengajak aku berjumpa. Aku agak keberatan menerima pelawaannya dan aku minta hubungan kami diputuskan. Dia kecewa dengan keputusanku. Namun aku tetap bertegas dengan pendirianku. Dia sempat berpesan sebelum meninggalkanku, sekiranya aku memerlukan apa-apa bantuan daripadanya suatu hari nanti, dia minta aku menghubunginya. Aku tidak berkata apa-apa, hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Beberapa minit kemudian dia pun menghidupkan enjin motor dan terus berlalu.
Seperti biasa, hujung minggu aku keluar bersama Malik. Gelaran 'minah rempit' adalah gelaran bagi anak-anak gadis yang membonceng dengan mat rempit ketika itu. Tapi aku tak kisah dengan apa jua gelaran, janji aku pandai jaga diri dan tidak menggadaikan maruahku.
Hubungan kami hanya bertahan selama empat bulan sahaja. Selepas itu aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubunganku dengan Malik kerana masalah keluarga. Mak aku tidak suka aku berkawan dengannya. Malik menghormati dan akur dengan keputusan yang telah aku buat tanpa memberi sebarang alasan. Aku anggap dia adalah seorang kawan yang baik kerana selama perkenalan kami, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diriku walaupun dia digelar mat rempit.
Sebulan selepas aku memutuskan hubungan dengan Malik. aku berkenalan pula dengan seorang mat kereta bernama Khairul. Dia bekerja sebagai penjual syabu dan gam yang terkenal. Dia juga digelar sebagai 'bonzer' di daerah itu. Aku adalah salah seorang daripada pelanggannya. Setiap kali kami mabuk, kami akan mengadakan hubungan seks tanpa batasan. Hampir setiap hari kami melakukan perbuatan yang terkutuk itu.
Pada mulanya aku takut juga kepada Allah, ingat kesalahan kepada kedua ibu bapa dan mengandung anak luar nikah. Namun apakah daya, nafsu telah menguasai diriku. Aku kalah dengan keadaan.
Pada sangkaanku, ibu bapa dan keluargaku tidak mengetahui gerak-geri dan perlakuanku di luar. Rupa-rupanya mereka dapat menghidu perbuatanku yang terkutuk itu. Mereka ada perancangan untuk mengubah dan menjadikanku seorang insan yang baik dan mendengar nasihat mereka. Mereka bertekad untuk mengubah cara hidupku. Aku pasrah.
Dua bulan selepas itu, aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Khairul. Dia menghisap gam, dirinya tidak terurus dan sering mabuk. Bila melihat keadaannya sebegitu aku terus bertekad meninggalkannya. Aku menahan mat motor yang lain untuk menghantarku pulang ke pangkuan keluarga.
Sampai sahaja di rumah, ibuku telah bersiap-siap untuk menghantarku ke pusat perlindungan. Rupa-rupanya ibuku telah meminta bantuan ayah saudaraku. Aku tak pernah tahu tentang pusat ini. Mungkinkah pusat ini akan memenjarakan kebebasanku? Aku menolak dan memberontak.
Ketika aku ditemubual untuk kemasukan di pusat ini, aku mula merasakan tiada tempat lain untuk menutup keaibanku melainkan di pusat ini. Aku telah 'termengandung' lantaran menikmati kebebasan tanpa had dan ukuran. Setelah menjejakkan kakiku ke pusat ini, bukan setakat perlindungan yang aku peroleh, malah aku diajar untuk kembali kepada agama. Baru aku sedar betapa bernilainya maruah diri dan kelurga. Kini aku bersyukur kerana telah dihantar ke Raudhatus Sakinah dan bukannya ke pusat pemulihan akhlak yang lain.
Wahai teman-teman dan rakan-rakan di luar sana, keseronokan dunia hanya sementara sahaja. Setelah kita melakukan kesilapan besar itu, jiwa dan rohani kita akan kekosongan dan kegelisahan. Kemurkaan Allah tidak mengira samada kita Islam, Yahudi atau Nasrani. Kalau Allah s.w.t. berkata "jadi'maka jadilah ia.
Bertaubatlah! Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Belum terlambat teman-teman. Marilah kita menegakkan Islam dalam diri kita. Allahu Akbar!
Cerita ini adalah kisah benar tentang seorang wanita dan cerita ini petikan dari buku berjudul "Ku temui jalan pulang".Dengan ini juga saya berkongsi tentang cerita ini untuk rujukan kepada si pembaca serta saya sendiri.Dengan cerita ini juga kita boleh mengambil iktibar tentang perihal hidup kita sebagai hamba Allah di dunia ini.Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.Wasalam

Sunday, 8 July 2012
CARILAH KAWAN BUKAN LAWAN
Assalamualaikum...
Hari nie ieda nak ceritakan pasal kawan-kawan ieda, dan semua ada perwatakan dan cara masing-masing...dan kat sni juga ieda nak menyatakan bahawa ieda sayang sangat-sangat kat you all...love you all so much...ieda dah anggap korang semua macam adik-beradik ieda sendiri...best bersama korang dan ieda takkan lupa kenangan bersama korang semua...ieda harap korang tak lupakan ieda dan ieda juga berharap kita tetap akan berhubung jika kita semua sudah punya hala tuju masing-masing...love you all muahhh...unggu, eda, tyrah, mimie, zoro, ainal, fira dan semua yang mengenali ieda...rakan2 kelas ieda di kksy...syg korang semua
Nice tak kami??
Nampak macam keluarga bahagia kan??
Bukan macam dah tapi memang keluarga bahagia pon kami =)
Ini lah kenangan kami...tapi bukan setakat nie je..tggu
Dan ikhlas dari saya CARILAH KAWAN BUKAN LAWAN
SR GREEN APPLE

Wednesday, 27 June 2012
Hatiku Milikmu
Aku tidak mengerti apa itu cinta.Cinta itu macam mana nak rasa ye? Orang kata kalau hati kita berdegup kencang maknanya kita jatuh cinta.Betul ke? Macam tak logik jer.Tapi kenapa sejak kebelakangan ini hati mula berdegup kencang seperti mahu keluar.Aku pun hairan.Yang aku lagi hairan hati manusia berpasangan.Mmm mungkin betul sebab memang di dunia ini adil, semua berpasangan seperti lelaki dengan wanita, kanan dan kiri dan mcam-macam lagilah.Semua berpasangan.Malah hati kita juga berpasangan kerana sebelah hati kita dan sebelah lagi milik orang lain.Tapi siapa pemilik sebelah hati ini? Dan aku juga perlu mencari sebelah lagi hatiku kepada siapa.Mungkin kalau aku jumpa sebelah hatiku lagi itulah yang dinamakan cinta,kan? Alangkah indahnya.Tapi memandangkan hatiku mula berdegup ini mungkin telah mendekatisebelah hati lagi.Jadi perlulah berusaha sehingga jumpa takan nak mengharapkan cinta datang bergolek di depan mata.Kerana usahalah yang menjamin segala-galanya.
Dengan cinta kita boleh mendapatkan kasih sayang.Kasih sayang itu apa pulak? Kasih sayang akan datang kalau ada cinta.Kasih sayang adalah yang paling istimewa.Jika mahu tahu bagaimana, perlulah ada cinta dalam hidup.Tapi malangnya aku takkan ada semua itu.Aku takkan ada hati,takkan ada cinta, mana mungkin aku ada kasih sayang.Jadi korang kenalah hargai apa yang korang ada.Korang jangan rendah diri, korang jangan kecewa dan jangan anggap korang tak sempurna dalam hidup korang.Bagaimanapun cara hidup korang, korang kena hargai kerana korang ada hati.Hati korang lah yang akan bersama korang sampai bila-bila kalau korang pandai menjaganya.Korang tahu tak hati itu sensitif, dia boleh menangis, kecewa dan macam-macam perasaan datang dari hati.Hati mudah terluka tetapi sukar dirawat kerana hati hanya perlu dirawat oleh kasih sayang.Kalau tak ada cinta dalam hati bagaimana hendak merawat hati dengan kasih sayang.
Aku juga tidak pasti hatiku milik siapa kerana aku hanya seorang boneka yang tidak mempunyai hati.Tapi aku mahu dihargai seperti seseorang yang mempunyai hati.Walaupun aku hanya seorang boneka, anggaplah "Hatiku Milikmu".
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca.Wasalam

Thursday, 21 June 2012
Apakah Dosaku?
Kenapa? Kenapa aku diperlakukan sebegini rupa? Aku juga mahu hidup seperti manusia lain.Mahu jadi manusia yang berguna, yang berakhlak, yang berilmu malah yang berjaya.Kenapa insan yang bernama ibu sanggup menghumban aku di lubuk hina.Hinakah aku? Aku baru sahaja bernyawa di muka bumi ini serta mahu melihat keindahan dunia serta kecantikkan wajahmu ibu.Tapi kenapa? Kenapa ibu padamkan semuanya.Padamkan semua yang aku patut tempuhi dalam hidupku.
"Ibu,anakmu disini selalu mendoakan ibu sihat dan sentiasa disisi-Nya di dunia serta diakhirat.Anakmu tetap membayangkan kecantikkan wajah ibu dihati adik walaupun ibu telah lupa akan wajah anakmu ini.Anakmu sentiasa berdoa kepada-Nya agar suatu hari nanti ibu akan menemani anakmu ini disini.Amin"
Sekian terima kasih,cerita ini hanya rekaan semata-mata untuk menjadikan pengajaran dan peringatan sesama kita sebagai manusia.

Subscribe to:
Posts (Atom)